Wednesday, October 27, 2010

yang mana satu????

Nabi penah kata, kawan yg baik umpama penjual minyak wangi.lebih dekat kita dgnnya maka bertambah wangilah kita adanyaMySpace. namun, kawan yg jahat pula umpama tukang besi.lebih dekat kita dgnnya maka byklah percikan api panas yg menimpa kita..........MySpace =D renung-renungkan~~~~~

renungan of d day

“Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

Sesiapa yang apabila diuji dia sabar, apabila diberi lalu bersyukur, dianiaya lalu memaafkan, berbuat aniaya (kepada dirinya) lalu beristigfar (bertaubat), mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk. (Riwayat Baihaqi melalui Samurah)

Tuesday, October 26, 2010

<<(^_^)>>

NOTHING MUCH TO SAY....SPEECHLESS.......
JUZ I'M SOOOOOOOOO HAPPY.........
lalala~~~
MySpace

Monday, October 25, 2010

ku ada kamu>>

Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman

Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Seandainya hari esok runtuhnya langit dijunjung
Tabahlah menjunjung bersamaku
Seandainya hari esok dunia dilanda gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu

Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan

Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu

p/s: terima kasih utk segalanya.... incik tetap yg terhebat... huhu MySpace

Friday, October 22, 2010

dugaan!!

Pagi yang saaaaaaaaaaaaaaaaaaaangat mendung untuk g keje. BLACK FRIDAY…… hahahaha... Sampai je tmpat parking tayar kete bocor plak…. Alhamdulillah ak da smpai opis….. ak blur…. Xtau nak wat pe, seb bek ade cik kikin teman ak, kalau x…….MySpace ya Allah, hanye Engkau je yg tau betape risaunye bile ak tgk baby boo ak tu bocor......

macam2 dugaan ak harini.... tayar kete bocor, purchaser datang yg sangat menyakitkan hati, kne early lunch plak, ngn mlm td pnye cite lagi.... argggghhhhhhhhhhhhhhhhhh BOSAN!!!!MySpace

time cmni la rindu kat arwah makkk... kalau mak ade kan best... boleh nangis kat bahu dia... rindunye..... isk isk isk... MySpace makkkkkkk..... adik rindu kat mak.....

Thursday, October 21, 2010

Kawan



10 jenis kawan

1. Kawan tu bukan macam main FUTSAL.
Mula-mula kejar... Dah dapat sepak... :-(

2. Kawan tu bukan macam main SKATE.
Mula-mula gosok…Lepas tu pijak... :-(

3. Kawan tu bukan mcm main RAGBI.
Mula-mula tangkap...Dah dapat tendang… :-(

4. Kawan tu bukan mcm PAMPERS.
Dah pakai pastu buang… :-(

5. Kawan tu bknnya mcm BARANG KEMAS.
Waktu baru beli pakai…Dah sengkek gadai… :-(

6. Kawan tu bukan macam PELANGI.
Hari cerah hilang…Hujan gerimis baru muncul...tu pn jap je :-(

7. Kawan tu bukan macam KERETA.
Rosak sikit jual …Beli baru… :-(

8. Kawan tu bukan macam CHIPSMORE .
Kejap ade kejap takde… :-(

9. Kawan tu bukan macam BANK.
Bila dah takde duit baru nak cari… :-(

10. Lagi...Kawan tu macam ape ye???Hmmmm...

Haa…Kawan yg terbaik tu macam AWAK LA…Bila saya tulis, awak akan baca dengan teliti sampai habis... hehe leh ke cmtu??
Walau apa pun tanggapan orang tentang kawan, bagi saya kawan tu amat-amat penting. Seorang kawan takkan biarkan kawan dia menangis,sedih,berduka dan sebagainya…Kawan yang sejati adalah seorang kawan yang dapat diajak duduk dan berbincang tentang pelbagai perkara, sentiasa ngan kita walaupn kita susah @ senang... :-) realitinya susahkan nak cari.... renung-renungkan.... hahaha :-D

Kenapa Abang Cintakan Sayang ek???


Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya.

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata, “Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminyan. Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma. Si suami amat bersedih lalu berkata kepada isterinya walaupun isterinya masih dalam keadaan koma kerana si suami tahu bahawa isterinya tetap mendengar,

“Sayang! Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.


Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintaimu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintaimu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.”

Maka menitis lah air mata si isteri yang masih dalam keadaan koma itu…..

p/s: Cinta sejati tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kekurangan.....

by:Nur Syuhada Ramli

Wednesday, October 20, 2010

~20102010~


selamat pagi semua.... tarikh harini sgt cantik....huhu... pagi2 lagi kat opis da ade training utk IFCA, tp agak boring cz dia tetap ajar bende basic, ajar la yg mencabar otak ak ckit.... hurmmm... pg td bfst nasi goreng yg sgt pedas tahap gajah terjun lombong... perghhhh nak mgmuk rase... sabor je la, da tu plak, tibe2 abah tanye soalan cepumas... "bile ko nak bertunang dik?" soalan yg langsung xboleh bla dr abah.... mane abah dpt idea nak tanye ak soalan cmtu??? boring je nak jawab... trus xde mood nak smbung makan... mule-mule ak diam je, tp abah tnye lg for the 2nd time... ak pn jwb "ntah la bah, wet pn xdek..nak tunang pe bende..." abah:"abah dengar ko de ckp ngn seseorg nak tunang, tahun ni @ tahun depan??" soalan yg mendesak ni..... aku:"tahun depan sy tunang bah, then thn depan jgk sy nikah." ak igt dgn jwpn tu abah stop tnye... tp makin bertubi-tubi lagi soalan dituju utk ak..... hurmmmmmmm letihnye........ sometimes mcm nak lari je dr sume ni......... letih!

Tuesday, October 19, 2010

Malu kah aku???

Start from today kami kene pakai baju d’rapport utk branding katenye & kene pakai everyday tau… size paling kecik yg ade size L.. giler ke ape, nak ak pakai baju size L???? tidak la jawabnye…. MySpaceApabila selesai sesi meng’alter” baju, mereka pn berminat utk meng’alter’ baju2 mereka jugak… setiap org dapat 2 helai, BUT sy dapat 3 helai… kih kih kih… suddenly, ade 1 suare bertanye: np u x amek baju lgn panjang? Dengan selambe ak jwb: sebab mmg xde baju lgn panjang. Suare itu bertanye lagi: sepatutnye u all as a muslim boleh request right?? Ak bagaikan diketuk & dihempap batu besar atas kepala… MySpaceMALUKAH AKU??? Atau ak tahu tp xwat pape pn lepas tu… masalahnye suare tersebut bukan muslim pn…. Hurmmmm… xsedar lagi ke ak ni…. Ya Allah………….MySpace

Baik-Baik Sayang


Aku tak ingin kau menangis bersedih,Sudahi airmata darimu..Yang aku ingin,arti hadir diriku kan menghapus dukamu Sayang...Karena bagiku kau kehormatanku,Dengarkan... Dengarkan aku..

Hanya satu pintaku,Untukmu dan hidupmu..Baik-baik Sayang,Ada aku untukmu...Hanya satu pintaku,disiang dan malammu,Baik-baik Sayang,Karna aku untukmu...

Semua keinginan akan aku lakukan,sekuat semampuku Sayang...Karena bagiku kau kehormatanku,Dengarkan... Dengarkan aku..

By: Wali Band
tq for those who dedicate tiz song to me... huhuhu

Yang Terindah>> hanya kamoo (^_^)


Semenjak kau hadir dalam hidupku
Tiada lagi keresahan
Kau mengetuk pintu hatiku
Tanpa sedar hingga ku izinkan

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah

Maaf jikaku tidak sempurna
Tika bahagia mula menjelma
Bila keyakinan datang merasa
Kasih disalut dengan kejujuran

Mencintai dirimu
Merindui dirimu
Memiliki dirimu
Hingga akhir hayat bersama kamu

Kau yang bernama cinta
Kau yang memberi rasa
Kau yang ilhamkan bahagia
Hingga aku terasa indah


Kau yang bernama cinta
Hingga aku rasa indah

Oleh : Dakmie

Monday, October 18, 2010

mistake~

What they actually mean

If a barber makes a mistake,
It's a New style

If a driver makes a mistake,
It is a New path

If a engineer makes a mistake,
It is a New venture

If parents makes a mistake,
It is a New generation

If a politician makes a mistake,
It is a New law

If a scientist makes a mistake,
It is a New invention

If a tailor makes a mistake,
It is a New fashion

If a teacher makes a mistake ,
It is a New theory

If our boss makes a mistake,
It is a New idea

If an employee makes a mistake,
It is a 'Mistake' No arguement, please!

Sunday, October 17, 2010

17/10/2010

8.00 am: bergegas g stadium.. ade booth PrudentialBsn Takaful kat sne... sampai je sane, ak n misah trus cari booth, tga jln tibe2 misah jatuh tersungkur.. hehehehehehe.... huhuhu ngn cover macho dia trus bangun n bla dr situ.... ak mula2 tahan gelak n budget kesian kat dia, tapi last2 pecah perut ketawa sampai bengkak2 mulut. huahahahaha.... best gak g booth ni... walaupn ade yg kne reject, tp still jgk dpt contact... huhuhu BEST!!!!



12.00 pm: gerak g d'rapport sales office @ ampang.... mula2 agak bosan but finally ade keje menuntut kepakaran kami... hehehehe

Friday, October 15, 2010

12 barisan di akhirat (-_-)


Suatu ketika, Muaz b Jabal ra mengadap Rasulullah SAW dan bertanya: “Wahai Rasulullah, tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah SWT:”Pada sangkakala ditiup,maka kamu sekalian datang berbaris-baris”Surah an-Naba’:18 Mendengar pertanyaan itu, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: “Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang amat besar,bahawa umatku akan digiring, dikumpulkan berbaris-baris menjadi 12 barisan, masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri….” Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut:

BARISAN PERTAMA
Di iring dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka ini dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya, maka demikianlah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA
Diiring dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: “Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai, sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kala jengking. “Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEEMPAT
Diiring dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut mereka. “Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jualbeli, maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka…”

BARISAN KELIMA
Diiring dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah SWT menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. “Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah SWT, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEENAM
Diiring dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. “Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KETUJUH
Diiring dari kubur tanpa mempunyai lidah tetapi dari mulut mereka mengalir keluar nanah dan darah. “Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran,maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KELAPAN
Diiring dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas.”Mereka adalah orang yang berbuat zina, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEMBILAN
Diiring dari kubur dengan berwajah hitam gelap dan bermata biru sementara dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. “Mereka itu adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEPULUH
Diiring dari kubur mereka dalam keadaan tubuh mereka penuh dengan penyakit sopak dan kusta. “Mereka adalah orang yang derhaka balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KESEBELAS
Diiring dari kubur mereka dengan berkeadaan buta mata-kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. “Mereka adalah orang yang minum arak, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka…”

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiring dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama. Mereka melalui titian sirat seperti kilat. Maka,datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan: “Mereka adalah orang yang beramal salih dan banyak berbuat baik. Mereka menjauhi perbuatan derhaka, mereka memelihara solat lima waktu, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat, maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga,mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih…” Jika engkau mahukan kemesraan dengan Allah, maka garanglah terhadap dirimu sendiri. Jika engkau merasakan manisnya berhubung dengan Allah, tahulah engkau betapa peritnya berpisah denganNya…

sumber:http://feryco.com/12-barisan-di-akhirat

How Do I Live Without You


How do I
Get through one night without you
If I had to live without you
What kind of life would that be

Oh I need you in my arms
Need you to hold
Your my world my heart my soul
If you ever leave
Baby you’d take away everything good in my Life

Without you
There’d be no sun in my sky
There would be no love in my life
There would be no world left for me

And I
Baby I don’t know what I would do
I would be lost if I lost you
If you ever leave
Baby you would take away everything real in My life

And tell me now
How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever ever survive
How do I, How do I
Oh how do I live…

If you ever leave
Well baby you would take away everything
Need you with me
Baby don’t you know your everything good in My life

And tell me now
How do I live without you
I want to know
How do I breathe without you
If you ever go
How do I ever ever survive
How do I, How do I
Oh how do I live…

How do I live without you
How do I live without you baby…
How do I live..

jiwang yg wat ak berpeluh-peluh..... lagu ni utk future husband shaye tau..... huhuhu....

~D.I.A.~



Saya suka tengok jari awek saya... Cantik betul... Sungguh! Sampai takut nak pegang... Bukan takut patah... Tapi takut nanti jari kitorang tak boleh tolong each other Di satu hari yang giler forever depan yang maha Esa...



Saya suka tengok rambut awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan tudung... Bukan sebab jeles orang lain tengok jugak.... Tapi takut nanti terbakar dek api neraka Di suatu hari yang giler forever



Saya suka tengok body awek saya... Cantik betol... Sungguh! Sebab tu saya belikan dia telekong Supaya mase dia jumpa dengan Kekasih dia Yang Utama Dia lagi cantik dan berseri menghadap Nya. Saya pun tumpang dapat pahala. Pheh syoknye...



Saya sedih tengok awek saya Tak tido, tak makan rindu kat saya... Saya pun macam tu jugak, Ada problem yang sama.. Dia tanya apa ubatnya? Saya pun bagi dia Quran untuk penenang jiwa... Semoga lebih cintakan Nya dari saya...



Saya sedih tengok awek saya Selalu pesan macam-macam kat saya... "Makan, minum, drive elok-elok tau.. Nanti awak sakit saya susah ati bla bla bla bla" katanya... Tapi bila tengok movie sama-sama burn asar maghrib gitu Die tak kata satu apa pun... Berdosanye saya....



Kesimpulannya saya memang sayang dia... Nak jumpa dia giler forever... Yang forever punye forever... Di dunia dan akhirat terutamanya, Janji nak share heaven sama-sama... Bahagia selamanya... Semoga kami saling mengingati, Dosa sendiri pun infiniti... Nak tanggung dosa dia lagi pulak lepas ni... Semoga kami menginsafi diri... Ya Allah ampunkanlah kami.... Semoga kami dapat bersama selamanya nanti...


P/S - andai anda seorang wanita muslimah... Mesti seronok kan kalau pasangan kita berfikiran camtu... Then kalu anda seorang muslim... Apa kata tanamkan dalam hati camtu... Cinta tu anugerah Allah... Pandai-pandai la kita menjaga nikmat Allah itu ye... Semoga saya pun ambik iktibar jgak... Wassalam 

ak dedicate khas utk KO!!! (si manusia pelik)

PANTUN PANTIN PANTAN PANTON PANTEN

Pagi raya mkn ketupat,
Ketupat di mkn seorg diri,
Jealous kat aku x bertempat,
Da la tua, tp x sedar diri.

Pergi melawat rumah org tua,
Singgah ke kedai membeli paku,
Sedar la diri wahai makcik tua,
Da kawen pn nak rebut bf aku..


Mencari pasangan utk mengawan,
Syok mengawan sampai petang,
Aku masih muda lg menawan,
Sekali petik seribu yg datang.

Tga berjalan selipar terlekat paku,
Berjalan smbil mengisi borang,
Mula2 jealous kat aku,
Akhirnya ko sakit hati sorg-sorang.


Membuat rumah dengan paku,
Rehat sebentar menjamu percik,
Ko igt boleh sakitkan ati aku,
You are the looser makcik!

Goreng ubi guna penapis,
Lupa angkat hangus pulak,
Masih dengki x abis-abis,
Arini slmbe buli kwn aku pulak.


Pergi ke kedai, membeli buku,
Membeli buku guna cash,
Smlm brani ko kacau aku,
Arini jgk Tuhan byar cash.

Beli tanah bertan – tan,
Beli tanah dgn tuan hasan,
Berdendam itu amalan syaitan.
Dengan berpantun dpt luah perasaan.


Minum kopi cicah roti,
Duduk bawah pohon bidara,
Terima kasih atas segala budi,
Mohon maaf terpedas bicara.

P/S: faham-faham la sendiri sape yg terase tu... kih3 MySpace

hidup ini umpama ABC


ada yg jadi ais utk sejukkan org lain, ada yg jadi gula berwarna-warni utk color other people life, ada yg jd straw yg tau nak sedut kebahagian org lain je, ade yg jd sudu (sama kes mcm straw jgk), ada yg jadi mangkok hanyun,ade yg jadi kacang, ade yg jadi jagung, ade yg jadi buah2 koktail, ade yg jadi susu, ade yg jadi pape je la........................

1) need each other untuk jadi special...
2) need each other untuk jadi sedap...
3) need each other untuk jadi colourfull...
4) need each other untuk jadi membuat orang lain happy...
5) need each other untuk jadi ABC tu sendiri, kalau asing-asing bkn ABC la namanya...

lokasi: sec 2, shah alam
masa: 6.45pm
tarikh: 20/10/2010
ABC milik: K.A.M.I.

Thursday, October 14, 2010

If Tomorrow Never Comes MySpace

MySpace
Sometimes late at night
I lie awake and watch her sleeping
She's lost in peaceful dreams
So I turn out the lights and lay there in the dark
And the thought crosses my mind
If I never wake up in the morning
Would she ever doubt the way I feel
About her in my heart

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

'Cause I've lost loved ones in my life
Who never knew how much I loved them
Now I live with the regret
That my true feelings for them never were revealed
So I made a promise to myself
To say each day how much she means to me
And avoid that circumstance
Where there's no second chance to tell her how I feel

If tomorrow never comes
Will she know how much I loved her
Did I try in every way to show her every day
That she's my only one
And if my time on earth were through
And she must face the world without me
Is the love I gave her in the past
Gonna be enough to last
If tomorrow never comes

So tell that someone that you love
Just what you're thinking of
If tomorrow never comes


________________________________________

~~ I wish my future husband will dedicate tiz song 2 me~~
Ahaks MySpace sooooo romantic....

Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng
sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas
kami rasakan. Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah. 'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual- bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?... Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu? kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa? Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean? Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian? Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka? Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku. Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir. Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan,bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini(benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam? Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Tanda -tanda kematian....


100 hari sebelum kematian:

Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian:

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian:

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian:

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian:

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum kematian:

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kubur/liang lahat Setiap Hari Menyeru kepada Manusia Sebanyak 5 Kali.

1. Aku rumah yang terpencil, maka akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu sholat malam.

3. Aku rumah yang penuh tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawarnya.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nankir, maka banyaklah bacaan Laa illaa ha illallah, Muhammadur Rasulullah?supaya kamu dapat menjawabnya.



sumber : Tausyiahislamiyyah

Wednesday, October 13, 2010

pantun berkerat-kerat

Pak Rashid rjin bercucuk tanam,
Bercucuk hingga terbalik-balik,
Bile la jam nak kul enam,
Rase xsbr aku nak balik.


Kak misah suka ikan kering,
Makan dgn nasi goring,
Rasa mcm nak baring2
Mmg aku sgt boring…….

Malam2 tgk bulan,
Tgk bersama ank pak haji,
Skrg br 12 haribulan..
Bila la kita nak gaji..


Siti Fareah asyik bergelak,
Ayah pin senyum berseri,
aku x tahan poket berkoyak…
kena posa berhari-hari..

makan roti cicah kaya,
boleh kyg smpai tngahari…
bile la kita nak kaya,
dpt mkn kepsi hari-hari..


bangun lewat x sempat berkemas,
terus mandi p keja,
kalau lah kita berbulu emas,
mesti kita kaya raya.

pagi2 memancing ikan,
mari masak ikan lengat
ko skrg byk keje kan..
muke ko serius x hengat…


Rambut misah berketak-ketak,
Siti plak, xpnh gosok gigi,,
Ikin lapaq terketaq-ketaq,
Tggu na, 1 ½ jam je lagi..

2 3 kak misah menari,
4 5 itik bertelur,
7 8 aku x sabar dh ni,
9 10 perut berkukur-kukur….kuuurr kurrr…


Misah jamil kuat berangan,
Berangan smpai jd gering,
Cube ko teka sape gerangan,
Xtau beza telur kicap & telur goreng..

Pagi2 cari kutu,
Ptg2 dating dgn farid kamil,
Dah lama aku tau sapa org tu,
Semestinya dia kamisah jamil.


Pagi2 gosok gigi,
Gosok gigi tepi perigi,
Hahaha ikin pandai, comel lagi,
Misah orgnye, sape lagi…

Siti Fareah senyum sendiri,
Tersenyum2 dari pg tadi,
Mmg aneh pantun ari ni,
Nama kak misah jd pnyeri.


Ada cahaya, ada byang-bayang,
Dengar radio channel klasik,
Misah jamil jd pembyang,
Sebab name dia agak klasik…

prepared by: chaleha & kikin

Tuesday, October 12, 2010

Renungan Bersama

sedarkah kita??

Dan org2 yg (hampir) mati diantara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri2 mrk, iaitu diberi nafkah saguhati (makan, pakai &tmpt tinggal) hingga setahun lamanya, dgn tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. kemudian jika mereka keluar (dr tmpat tinggalnya dgn kehndak sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati) mengenai apa yg mrk (isteri2 itu) lakukan pd diri mrk dr perkara yg patut (yg tidak dilarang syarak) itu. dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Al-Baqarah:240)

Saturday, October 9, 2010

~nonut lazat berkilat~

bahan2:
1kg tepung gandum
gula secukup rase
margerin sikit je
mauripan (yis) sikit je
garam secukup rase

cara2 membuatnye:
uli bahan2 diatas sehingga menjadi doh
tggu seketika hingga kembang
after a while...........
uli doh menjadi bentuk nonut yg lazat
sblum goreng, tggu hingga nonut kembang ckit...
lps tu... hias topping ngn gula @ coklat + coklat rice dsb....

hasilnye:
~tututuruttutttuuuttttttttt~~~~








amacam?? lazatkan...?? selamat mencuba....
nyum nyum nyum~~~~ (^^,)

Friday, October 8, 2010

~3 dara~

"A friend is someone who knows the song in your heart, and can sing it back to you when you have forgotten the words."











"Don't walk in front of me, I may not follow.
Don't walk behind me, I may not lead.
Walk beside me and be my friend."

Thursday, October 7, 2010

so sweett (^^,)






gadis.... ahaks~~
lokasi:jepun


ikan kaloi berkedek-kedek
kolam terletak didalam taman
wahai adik yg sgt cantik
tentunya dia anak en othman


huahahahahaha (^_^)

just me~

10 PETANDA DIA JODOH KITA..

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)

Gunakan seluruh pancaindera
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

Monday, October 4, 2010

tiba-tiba

dia:nnt bila ak bertunang ak nak cincin mcm ko la...ak sebenarnye suke cincin yg ko pkai ni (cincin last anvrsry abah bg utk arwah mak)
ngn selamba ak jwb:ko nak cmni?? ko kawen je la ngn abah ak, cnfirm dpt cmni jgk nnt...
dia: hahahahaha (ketawa sampai tertonggeng-tonggeng...
ak: blur~~~~

kih kih kih ;p MySpace

Friday, October 1, 2010

me myself~~



its juz me.... ordinary person yg xpenah lari dari wat kesilapan..... macamana ak nak hadapi bende tu???? mmg salah ak, but ak xtau nak selesaikannye.... hurmmmmm ak takot.... (T_T)